Kehidupan Kembali
Bersawang blog ini, maklumlah bulan raya katakan (alasan yang begitu kukuh). Banyak rumah terbuka sekarang walaupun hari ini adalah raya yang ke berapa entah (tidak kira aku), terpaksa aku tolak kerana banyak hal peribadi dan keluarga yang patut didahulukan. Contohnya hari ini anak buah kepada ayah aku berkahwin dan aku sebagai pemandu (R3) menjalankan tugas untuk membawa keluarga aku. Nasib baik dikenduri kahwin ini ada membuat “live band” dapat juga aku layan (sambil perhatikan mereka ketuk drum).
Semalam saudara aku buat rumah terbuka serentak dengan majlis hari raya yang dianjurkan komuniti penduduk dikawasan rumah aku ini. Terpaksa aku korban majlis komunuti penduduk walaupun majlis itu buat betul dihadapan rumah aku ini. (rumah aku bebetul berdepan dengan balairaya ;p). Apa pun keluarga aku utamakan berbanding benda lain. Sepupu aku pun buat menu spesial di rumah terbukanya diantaranya tom yam gong, daging masak merah, sayur campur, sambal belacan dan sate yum…yummy. Aku pun suka berkumpul saudara ramai-ramai, sebab dapat nengok gelagak anak-anak buah aku yang macam-macam ragam. Ada yang hendak jadi modellah, jadi mat rempitlah, yang hendak kahwin pun ada. Hahaha macam-macam hal lagi.
Hari ini juga adik aku akan balik ke sarawak, kerana esok dah bermula kerja. Lama juga dia cuti selama 14 hari. Ye la kan, sudah duduk jauh sekali dapat cuti itu belasah lah lama-lama. Masa dia balik hari itu, aku yang jemput dia kat KLIA (entri yang berkaitan), kali ini along aku lak yang hantar dia ke KLIA lak. Lagipun aku baru je baik dari demam panas hari itu, takut pape hal ditengah jalan je nanti. Rasa tidak berapa sihat lagi badan aku ini.
Hari ini kehidupan aku kembali seperti sediakala. Dengan harapan akan berkumpul kembali untuk bergembira dan ketawa. Memang aku sentiasa dahagakan saat-saat yang bahagia bersama keluarga.



















1 Trackback(s)