Kenapa Baca Al-Quran Sedangkan Tidak Tahu Makna?

Ditulis pada 16 December 2009 – 1.43 pm | oleh zaki | 229 kali dibaca

quran

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky , US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya… kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua’lam.

Antara lain yang berkaitan

Oit! Erti Cinta Pada Ku.
Ertinya Setia?
Tersirat & Tersurat
Kenapa Cinta Susah Datang?
.
  1. 5 tindakbalas kepada “Kenapa Baca Al-Quran Sedangkan Tidak Tahu Makna?”

  2. Oleh Luth Textile pada Dec 18, 2009 | Balas

    dah lama tak baca al-quran..

    Balas

  3. Oleh Mus pada Dec 19, 2009 | Balas

    hati tenang selepas membaca alquran!
    Mus´s last blog ..Adat Perkahwinan Kaum Bisaya Daerah Beaufort Sabah My ComLuv Profile

    Balas

  4. Oleh RiZaL HaShiM pada Dec 20, 2009 | Balas

    setuju sangat2!!!
    RiZaL HaShiM´s last blog ..AVATAR : The Best Movie Ever Made! My ComLuv Profile

    Balas

  5. Oleh oh!dawie pada Dec 20, 2009 | Balas

    Bagus entri ko nie bro..
    oh!dawie´s last blog ..Contest : RM50 untuk dimenangi My ComLuv Profile

    Balas

  6. Oleh dinsblog pada Dec 29, 2009 | Balas

    betul lah…lepas baca Quran hati jadi tenang walaupun kita tak paham..entri yg bagus

    Balas

Hantar komen

CommentLuv Enabled

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :