Kehidupan Kembali

Ditulis pada 4 October 2009 – 8.38 pm | oleh zaki | 214 kali dibaca

Bersawang blog ini, maklumlah bulan raya katakan (alasan yang begitu kukuh). Banyak rumah terbuka sekarang walaupun hari ini adalah raya yang ke berapa entah (tidak kira aku), terpaksa aku tolak kerana banyak hal peribadi dan keluarga yang patut didahulukan. Contohnya hari ini anak buah kepada ayah aku berkahwin dan aku sebagai pemandu (R3) menjalankan tugas untuk membawa keluarga aku. Nasib baik dikenduri kahwin ini ada membuat “live band” dapat juga aku layan (sambil perhatikan mereka ketuk drum).

Semalam saudara aku buat rumah terbuka serentak dengan majlis hari raya yang dianjurkan komuniti penduduk dikawasan rumah aku ini.  Terpaksa aku korban majlis komunuti penduduk walaupun majlis itu buat betul dihadapan rumah aku ini. (rumah aku bebetul berdepan dengan balairaya ;p). Apa pun keluarga aku utamakan berbanding benda lain. Sepupu aku pun buat menu spesial di rumah terbukanya diantaranya tom yam gong, daging masak merah, sayur campur, sambal belacan dan sate yum…yummy. Aku pun suka berkumpul saudara ramai-ramai, sebab dapat nengok gelagak anak-anak buah aku yang macam-macam ragam. Ada yang hendak jadi modellah, jadi mat rempitlah, yang hendak kahwin pun ada. Hahaha macam-macam hal lagi.
Untuk meneruskan bacaan lagi »

Log Masuk Facebook Dengan Menggunakan ID Pengguna

Ditulis pada 24 September 2009 – 1.56 pm | oleh zaki | 336 kali dibaca

Entri ini adalah 100% copy dari blog Amanz.My. Aku ada minta kebenaran dari tuan tanah blog tu di twitternya @amanfirdaus. Sila beri tindakbalas bro aman, kalau tidak benarkan, aku akan “unpublish” balik entri ini. Sekian Selamat Hari Raya.

Setelah memperkenalkan vanity URL tidak lama dahulu pada Facebook, hari ini, laman sosial terpopular di Malaysia ini memperkenalkan kebolehan untuk log masuk ke Facebook dengan menggunakan kata pengguna. Perkara ini sekaligus menjimatkan masa kerana tidak lagi perlu menaip alamat emel yang panjang lebar.
Untuk meneruskan bacaan lagi »

Live! Saat malam raya Zaki di KLIA.

Ditulis pada 19 September 2009 – 11.48 pm | oleh zaki | 144 kali dibaca

Ini ada permandangan di KLIA. Tempat dimana pengunjung boleh membaca info lapangan terbang ini. Waktu ini aku tengah menunggu ketibaan adik aku yang pulang dari bekerja di sarawak. Raya tahun ini semua ahli keluarga aku dapat berkumpul dipagi raya. Memang seronok. Semoga lebaran tahun ini dapat memberi seribu kebahagian kepada kita semua. Amin.

Live! Suasana pagi isnin.

Ditulis pada 14 September 2009 – 8.07 am | oleh zaki | 195 kali dibaca



Live! Suasana pagi isnin., originally uploaded by buttersuck.

Kabus tebal pagi ni. Rasa hendak patah balik rumah sambung tidur. Hehe. Ngantuk weei!!

{Update Muat Turun}Perlukan Semangat Aidilfitri

Ditulis pada 8 September 2009 – 11.27 pm | oleh zaki | 433 kali dibaca

raihan-hujan copy

Ini adalah entri pendek kerana sibuk dengan http://www.hujan.org dan http://www.hujanband.com. Sejak kebelakangan ini zaki sudah hilang semangat untuk berhari raya tahun ini. Apakah perkara yang perlu aku lakukan untuk mengembalikan semangat raya agaknya? Berilah aku cadangan diruangan komen…

Aku lampirkan sekali lagu raya beserta lirik dari Raihan dengan Hujan yang bertajuk “Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda“.
Untuk meneruskan bacaan lagi »

Live! Selesai satu masalah. Lega!

Ditulis pada 3 September 2009 – 11.58 am | oleh zaki | 312 kali dibaca

Sekarang ini zaki berada dekat Malim. Tengah mencari kedai makan ni, lapar lak tetiba pagi ni. Dapat pekena teh tarik dan nasi lemak masyuk juga ni. ;p Hehe. Kereta aku ini dah tertunda dari tarikh yang sepatutnya agak lama untuk di’services’. Baru hari ini berkesempatan, nasib baik pemilik blog boboiz.com sudi temankn aku (bodek je ni,sebab dia tau aku tengah nk wat live blog…). Tidaklah aku boring sangat.
Ini juga boleh dikatakan proses mengular juga, hehe. Bukan selalukan. Oklah sudah siap,masa untuk berambus. Tata. ;p

Aku Adalah SUPERMAN

Ditulis pada 2 September 2009 – 9.55 pm | oleh zaki | 281 kali dibaca

superzakiKelakarkan tajuk entri zaki kali ini. Ini bukanlah entri merapu atau merepek, malah bukan juga khayalan zaki. Setiap manusia mempunyai impian dan harapankan, samada ianya logik atau pun tidak masuk dek akal sahaja. Memang impian zaki ini melampau sangat. Hendak jadi Superman konon, badan sekeping hendak menjadi super hero konon! Hahaha, suka aku la kan. Jadi kuat bukan untuk menunjuk, jadi kuat bukan untuk menindas, jadi kuat bukan juga untuk menakluk. Hanya untuk berbakti dan menolong orang didalam kesusahan.

Siapa yang tidak kenal Superman kan, tidak kiralah budak kecil atau pun orang dewasa dekat dalam dunia ini seperti Batman, Ultraman, He-Man, Spiderman dan ramai lagi lah. Superman merupakan salah satu karektor super hero yang cukup terkenal dan dikagumi. Walaupun dia berseluar dalam diluar, tidak membataskan aku untuk memilih dia sebagai idaman. Hahaha. (confirm esok aku pakai spender kat luar). Spender warna merah ada ke?
Untuk meneruskan bacaan lagi »

Live! Suasana diawal pagi Hari Merdeka.

Ditulis pada 31 August 2009 – 2.56 am | oleh zaki | 153 kali dibaca

Gambar apa pula kali ini zaki letak kan? Entah pape je! Ini ada salah satu permandangan dimana zaki lepak pada awal pagi merdeka tahun ini. Tiba-tiba bosan, tu yang kuar merayau cari pasal. Hehe. Ingat dapat lah nengok bulan,tapi cuaca mendung pula,dapat layan bunyi ombak je sekarang. Itu yang nampak samar-samar. Sama dengan perasaan zaki ketika ini. Memang tiada arah yang ingin dituju dan diarahkan. Inilah dinamakan kehidupankan,tidak sepanjang masa kita akan gembira. Ada masanya kita akan merasa kesedihan dan kekalahan dalam hidup. Cuma pada kita, tidak tahu sampai bila kedukaan ini akan berlarutan. Apa yang aku fikirkan sekarang adalah ‘merdekakah aku selama ini?’ Beginilah aku apabila fikiran tengah tidak tenteram. Nasib baik ada blog ini untuk aku bercoleteh dan meluahkan perasaan hati. Ye lah kan, hendak bercerita dengan siapa lagi. Tiba-tiba teringat lagu dari filem ’sepi’ dari Yuni Shara. Huhu. Entah sampai pukul berapa ini karang aku, nak bersahur lagi. Apa-apa pun masalah,puasa tetap wajib. Hehe. Ok lah,aku hendak sambung menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Tata.

Tahniah Zaki Sudah 26 Tahun Hari Ini. Alhamdulillah.

Ditulis pada 29 August 2009 – 12.01 am | oleh zaki | 217 kali dibaca

birthday-26

Tup..tap…tup…tap… sekarang zaki sudah pun berusia 26 tahun. Uwahh aku sudah tua rupanya!!! Kejapan je masa berlalu sekarangkan. Rasa macam baru je bulan lepas aku raikan hari jadi aku semasa kursus induksi. Ingat lagi aku, memang setiap kursus induksi akan diadakan satu malam khas untuk membuat persembahan kumpulan. Kira malam meraikan kejayaan setelah penat dengan aktiviti dan kelas pembelajaran. Pada malam itu, kumpulan aku telah membuat persembahan muzikal drama (kena berjoget aku depan khayalak ramai *malu*) ala-ala 60-an fesyen aku malam itu.

Malam persembahan itu kena pada tarikh hari lahir aku [29 Ogos], penat aku merahsiakan daripada semua rakan-rakan kursus. Entah dari mana lah mereka dapat tahu, siot tul. Rupa-rupanya pihak urusetia ada senarai nama, dan mereka memang sudah merancang untuk melakukan majlis hari jadi kepada semua peserta kursus yang lahir pada bulan ogos. Pada awalnya rahsia aku masih terjaga rapi lagi, pihak urusetia hanya memanggil secara kepada mereka yang lahir pada bulan ogos je. Kami ambillah kesempatan untuk berdiam diri. Pheww selamat aku. Hahahaha (ketawa jahat dalam hati). Rupanya panas tidak lama, hujan lebat ditengahari. Pada mereka ada senarai nama untuk peserta yang lahir pada bulan ogos. Nah! sekali dia umum “Ahmad Zaki Abdullah” bersorak kau… padan muka aku. Tapi…
Untuk meneruskan bacaan lagi »

Live! Tolong aku bantu aku

Ditulis pada 27 August 2009 – 2.26 pm | oleh zaki | 347 kali dibaca

Semenjak dah tahu ‘live blog’, aku sudah dikategorikan sebagai pesakit kronik. Hehe. Memang mudah menggunakan kaedah ini, hanya modalkan RM0.25 je. Selangkah kehadapan sebagai ‘bloggers 1 malaysia’. Cuaca kat luar tu macam ada cat hitam dah tertumpah je kan kat atas awan putih tu (mengikut kadar cuaca melaka sekarang lah). Huhuhu. Tak pergi bazaar ramadhan lg la nampaknya aku ptg ni… Kepada semua aku nak mintak tolong sedikit. Boleh? Kasilah aku pendapat untuk mencekik petang ni. Tolong ya kekawan. Ok lah time to sleep,tata.

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :