Tanda-tanda lelaki apabila jatuh cinta
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. X caye kew??? Hehehe… betul.
Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
kredit :: scukz.com & pisyek.com

















9 tindakbalas kepada “Tanda-tanda lelaki apabila jatuh cinta”
huhuhuhu :p
meo188´s last blog ..Brader Luv kecewa lalu membunuh Si Bulat dengan ganas dan rakus
Balas
ye la tu kot?tak pasan la plak hubby dulu camne sebab maklum la…bechenta pas kawen la katakan…lagi besh…hik3…pendek kata, kalu yg bechenta tu lebih baik jgn lama2…kalu da suka tu kawen jek..slamat dunia akhirat…jauh dari maksiat…btul tak? (hanya bagi pendapat jek)
Balas
ye la tu kot?tak pasan la plak hubby dulu camne sebab maklum la…bechenta pas kawen la katakan…lagi besh…hik3…pendek kata, kalu yg bechenta tu lebih baik jgn lama2…kalu da suka tu kawen jek..slamat dunia akhirat…jauh dari maksiat btul tak? (hanya bagi pendapat jek)
Balas
ayork…jiwang la plak…ades
mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa
Balas
zaki Reply:
February 7th, 2010 at 7.46 am
inilah kenyataan.. hehehe
Balas
mohdisa Reply:
February 7th, 2010 at 2.27 pm
yaya, ada pahit manisnya.

mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa
Balas
‘4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.’
yang ni mungkin ditukar sedikit. sesetengah orang dia akan cuba buat2 tak mengongkong kekasih dia,kononnya kasi kebebasan dalam pergaulan. tapi dalam masa yang sama dia perhati setiap gerak geri kekasih dia dari jauh

blowie´s last blog ..Facebook : Hina Nabi Muhammad dan Sultan
Balas
akulah lelaki itu.. hohoho
encik luth´s last blog ..Jom jadi kaya dengan iklan blog
Balas
salam bro..
hoho..tepat sekali..kalau gurl jatuh cinta cmne lak ek?haha..
oh!dawie´s last blog ..Ada apa dengan Coke ??
Balas