Diriku

Sorry, Bahasa Version Only! [aku melayu sejati maaa!!!].

INTRO :
Sebelum nih aku selalunya suka merahsiakan siapa aku. Walaupun pada hakikatnya sudah agak ramai yang kenal aku, samada Online maupun Offline. Alasan utama aku suka buat macam itu adalah sebab aku sukakan “privacy”, dan aku suka sangat jadi orang yang low profile. Namun kini aku rasa, aku nak ubah tanggapan aku sendiri. Aku rasa aku patut lebih jujur dan terbuka. :D Err… aku mmg dah jujur lama.. Hehehe.. Baik! Aku mulakan… (Aku sudah blur nak bercerita tentang diri aku nih).

Nama sebenar aku ialah Ahmad Zaki Bin Hj. Abdullah. Nickname aku yang amat glamer di online (Malaysia) ini ialah buttersuck. And yes!, aku adalah antara ahli komuniti web KJKM.com (Komuniti Juruteknik Komputer Malaysia), Hujan.org (Komuniti Raingers Seantero Dunia), sebenarnya byk lagi ni, hihihi.

Aku dilahirkan pada hari apa ekk? entahla tapi yang penting tarikhnye adalah : 29 Ogos 19** [jgan lupa lak nak bagi adiah sbb korang dah tau tarikh ni] : Pukul berapa pun aku tak berapa nak ingat laa, pasal masa tuh aku pun tak kenal nombor ke, ape2 ker.. nanti aku check sijil kelahiran aku kalau aku rajin yek. :D

Dilahirkan di Hospital Besar Melaka, Melaka. (Aku sayang Negeriku…muuaahhh). :D

Kini menetap di Melaka jugak, Jasin Taman Maju.
Dan bekerja di salah satu IPTA dinegeri Melaka jugak (korang pikirla sendiri yee…ahahahak)

PENDIDIKAN :
1989-1990 – Tadika ABIM, Taman Bahagia, Jasin, Melaka. (2 tahun tadika :D )
1991-1996 – Sekolah Rendah Kebangsaan Air Barok, Jasin, Melaka.
1997-1999 – Sekolah Menengah Jasin, Melaka.
1999-2000 – Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah.
2001-2003 – Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
2006-2008 – Politeknik Merlimau Melaka, Melaka.

aku melibatkan dalam beberapa komuniti didalam alam maya ni, antaranya aku adalah salah sorang Super Admin kat Komuniti Juruteknik Komputer Malaysia, jgk Moderator kat Komuniti Penyokong Bola Sepak Malaysia [Harimau Malaya aauuummm], secara tidak langsung salah sorang Admin kat Komuniti Joomla Malaysia, dan sekarang aku jgk Tokei Besar kat Komuniti Raingers Seantero Dunia – Hujan.

Kepada mereka yang rajin tu, jenguk-jenguk la web/portal berkenaan ek. [promosi skit.. heheh]

… ada banyak lagi nak ditaip ni.. nnti sambung kemudian la : To Be Continue Later… ZZZzzzzZZzz


Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :