Archive for the ‘Siaran Langsung’ Kategori

Hari keluarga

Sunday, February 14th, 2010 | 78 kali dibaca



Hari keluarga, originally uploaded by buttersuck.

Bersempena raya orang cina, aku dan keluarga berkelah. Kali ni destinasi adalah tanjung bidara. Sepanjang pantai penuh dengan manusia, cuti umum katakan. Cuma perasaan aku yang tidak beberapa tenteram sekarang. "let it come naturally"

Kisah klasik untuk masa hadapan.

Saturday, February 13th, 2010 | 80 kali dibaca



Kisah klasik untuk masa hadapan., originally uploaded by buttersuck.

Cantikkan permandangan laut dan pulau. Kenapa aku disini? Dengan siapa? Untuk apa? Banyak betul persoalan kan. Biarlah hanya aku dan dia yang tahu. Bukan niat aku untuk kecohkan, tapi mungkin hanya ini cara aku untuk luahkan perasaan hati. Maafkan aku. Hanya kau yang mampu.

Yang mencoret,
Ahmad Zaki Abdullah

dot dot dot

Saturday, January 30th, 2010 | 35 kali dibaca



dot dot dot, originally uploaded by buttersuck.

Flickr

Saturday, January 30th, 2010 | 44 kali dibaca

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Live! Setelah Sekian Lama, Kini Kembali

Sunday, October 18th, 2009 | 182 kali dibaca



Live! Setelah Sekian Lama, Kini Kembali, originally uploaded by buttersuck.

Kembali untuk ‘live blog’ setelah kian lama menyepi. Bukan apa, w910i aku rosak sebelum hari raya. Ini pun baru sahaja siap dan ambil dikedai tadi. Oklah aku hendak bertemu janji dengan Adriana Afiera.

Live! Saat malam raya Zaki di KLIA.

Saturday, September 19th, 2009 | 143 kali dibaca



Live! Saat malam raya Zaki di KLIA., originally uploaded by buttersuck.

Ini ada permandangan di KLIA. Tempat dimana pengunjung boleh membaca info lapangan terbang ini. Waktu ini aku tengah menunggu ketibaan adik aku yang pulang dari bekerja di sarawak. Raya tahun ini semua ahli keluarga aku dapat berkumpul dipagi raya. Memang seronok. Semoga lebaran tahun ini dapat memberi seribu kebahagian kepada kita semua. Amin.

Live! Suasana pagi isnin.

Monday, September 14th, 2009 | 194 kali dibaca



Live! Suasana pagi isnin., originally uploaded by buttersuck.

Kabus tebal pagi ni. Rasa hendak patah balik rumah sambung tidur. Hehe. Ngantuk weei!!

Live! Selesai satu masalah. Lega!

Thursday, September 3rd, 2009 | 308 kali dibaca

Live! Selesai satu masalah. Lega!, originally uploaded by buttersuck.

Sekarang ini zaki berada dekat Malim. Tengah mencari kedai makan ni, lapar lak tetiba pagi ni. Dapat pekena teh tarik dan nasi lemak masyuk juga ni. ;p Hehe. Kereta aku ini dah tertunda dari tarikh yang sepatutnya agak lama untuk di’services’. Baru hari ini berkesempatan, nasib baik pemilik blog boboiz.com sudi temankn aku (bodek je ni,sebab dia tau aku tengah nk wat live blog…). Tidaklah aku boring sangat.
Ini juga boleh dikatakan proses mengular juga, hehe. Bukan selalukan. Oklah sudah siap,masa untuk berambus. Tata. ;p

Live! Suasana diawal pagi Hari Merdeka.

Monday, August 31st, 2009 | 152 kali dibaca



Live! Suasana diawal pagi Hari Merdeka., originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Gambar apa pula kali ini zaki letak kan? Entah pape je! Ini ada salah satu permandangan dimana zaki lepak pada awal pagi merdeka tahun ini. Tiba-tiba bosan, tu yang kuar merayau cari pasal. Hehe. Ingat dapat lah nengok bulan,tapi cuaca mendung pula,dapat layan bunyi ombak je sekarang. Itu yang nampak samar-samar. Sama dengan perasaan zaki ketika ini. Memang tiada arah yang ingin dituju dan diarahkan. Inilah dinamakan kehidupankan,tidak sepanjang masa kita akan gembira. Ada masanya kita akan merasa kesedihan dan kekalahan dalam hidup. Cuma pada kita, tidak tahu sampai bila kedukaan ini akan berlarutan. Apa yang aku fikirkan sekarang adalah ‘merdekakah aku selama ini?’ Beginilah aku apabila fikiran tengah tidak tenteram. Nasib baik ada blog ini untuk aku bercoleteh dan meluahkan perasaan hati. Ye lah kan, hendak bercerita dengan siapa lagi. Tiba-tiba teringat lagu dari filem ’sepi’ dari Yuni Shara. Huhu. Entah sampai pukul berapa ini karang aku, nak bersahur lagi. Apa-apa pun masalah,puasa tetap wajib. Hehe. Ok lah,aku hendak sambung menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Tata.

Live! Tolong aku bantu aku

Thursday, August 27th, 2009 | 345 kali dibaca



Live! Tolong aku bantu aku, originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Semenjak dah tahu ‘live blog’, aku sudah dikategorikan sebagai pesakit kronik. Hehe. Memang mudah menggunakan kaedah ini, hanya modalkan RM0.25 je. Selangkah kehadapan sebagai ‘bloggers 1 malaysia’. Cuaca kat luar tu macam ada cat hitam dah tertumpah je kan kat atas awan putih tu (mengikut kadar cuaca melaka sekarang lah). Huhuhu. Tak pergi bazaar ramadhan lg la nampaknya aku ptg ni… Kepada semua aku nak mintak tolong sedikit. Boleh? Kasilah aku pendapat untuk mencekik petang ni. Tolong ya kekawan. Ok lah time to sleep,tata.

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :