Archive for the ‘Peribadi’ Kategori

Kenapa Cinta Susah Datang?

Tuesday, March 2nd, 2010 | 64 kali dibaca

Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,

Bila melodi bertukar ganti, (more…)

Kehidupan Kembali

Sunday, October 4th, 2009 | 214 kali dibaca

Bersawang blog ini, maklumlah bulan raya katakan (alasan yang begitu kukuh). Banyak rumah terbuka sekarang walaupun hari ini adalah raya yang ke berapa entah (tidak kira aku), terpaksa aku tolak kerana banyak hal peribadi dan keluarga yang patut didahulukan. Contohnya hari ini anak buah kepada ayah aku berkahwin dan aku sebagai pemandu (R3) menjalankan tugas untuk membawa keluarga aku. Nasib baik dikenduri kahwin ini ada membuat “live band” dapat juga aku layan (sambil perhatikan mereka ketuk drum).

Semalam saudara aku buat rumah terbuka serentak dengan majlis hari raya yang dianjurkan komuniti penduduk dikawasan rumah aku ini.  Terpaksa aku korban majlis komunuti penduduk walaupun majlis itu buat betul dihadapan rumah aku ini. (rumah aku bebetul berdepan dengan balairaya ;p). Apa pun keluarga aku utamakan berbanding benda lain. Sepupu aku pun buat menu spesial di rumah terbukanya diantaranya tom yam gong, daging masak merah, sayur campur, sambal belacan dan sate yum…yummy. Aku pun suka berkumpul saudara ramai-ramai, sebab dapat nengok gelagak anak-anak buah aku yang macam-macam ragam. Ada yang hendak jadi modellah, jadi mat rempitlah, yang hendak kahwin pun ada. Hahaha macam-macam hal lagi. (more…)

{Update Muat Turun}Perlukan Semangat Aidilfitri

Tuesday, September 8th, 2009 | 433 kali dibaca

raihan-hujan copy

Ini adalah entri pendek kerana sibuk dengan http://www.hujan.org dan http://www.hujanband.com. Sejak kebelakangan ini zaki sudah hilang semangat untuk berhari raya tahun ini. Apakah perkara yang perlu aku lakukan untuk mengembalikan semangat raya agaknya? Berilah aku cadangan diruangan komen…

Aku lampirkan sekali lagu raya beserta lirik dari Raihan dengan Hujan yang bertajuk “Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda“. (more…)

Aku Adalah SUPERMAN

Wednesday, September 2nd, 2009 | 281 kali dibaca

superzakiKelakarkan tajuk entri zaki kali ini. Ini bukanlah entri merapu atau merepek, malah bukan juga khayalan zaki. Setiap manusia mempunyai impian dan harapankan, samada ianya logik atau pun tidak masuk dek akal sahaja. Memang impian zaki ini melampau sangat. Hendak jadi Superman konon, badan sekeping hendak menjadi super hero konon! Hahaha, suka aku la kan. Jadi kuat bukan untuk menunjuk, jadi kuat bukan untuk menindas, jadi kuat bukan juga untuk menakluk. Hanya untuk berbakti dan menolong orang didalam kesusahan.

Siapa yang tidak kenal Superman kan, tidak kiralah budak kecil atau pun orang dewasa dekat dalam dunia ini seperti Batman, Ultraman, He-Man, Spiderman dan ramai lagi lah. Superman merupakan salah satu karektor super hero yang cukup terkenal dan dikagumi. Walaupun dia berseluar dalam diluar, tidak membataskan aku untuk memilih dia sebagai idaman. Hahaha. (confirm esok aku pakai spender kat luar). Spender warna merah ada ke? (more…)

Tahniah Zaki Sudah 26 Tahun Hari Ini. Alhamdulillah.

Saturday, August 29th, 2009 | 217 kali dibaca

birthday-26

Tup..tap…tup…tap… sekarang zaki sudah pun berusia 26 tahun. Uwahh aku sudah tua rupanya!!! Kejapan je masa berlalu sekarangkan. Rasa macam baru je bulan lepas aku raikan hari jadi aku semasa kursus induksi. Ingat lagi aku, memang setiap kursus induksi akan diadakan satu malam khas untuk membuat persembahan kumpulan. Kira malam meraikan kejayaan setelah penat dengan aktiviti dan kelas pembelajaran. Pada malam itu, kumpulan aku telah membuat persembahan muzikal drama (kena berjoget aku depan khayalak ramai *malu*) ala-ala 60-an fesyen aku malam itu.

Malam persembahan itu kena pada tarikh hari lahir aku [29 Ogos], penat aku merahsiakan daripada semua rakan-rakan kursus. Entah dari mana lah mereka dapat tahu, siot tul. Rupa-rupanya pihak urusetia ada senarai nama, dan mereka memang sudah merancang untuk melakukan majlis hari jadi kepada semua peserta kursus yang lahir pada bulan ogos. Pada awalnya rahsia aku masih terjaga rapi lagi, pihak urusetia hanya memanggil secara kepada mereka yang lahir pada bulan ogos je. Kami ambillah kesempatan untuk berdiam diri. Pheww selamat aku. Hahahaha (ketawa jahat dalam hati). Rupanya panas tidak lama, hujan lebat ditengahari. Pada mereka ada senarai nama untuk peserta yang lahir pada bulan ogos. Nah! sekali dia umum “Ahmad Zaki Abdullah” bersorak kau… padan muka aku. Tapi… (more…)

Berilah Aku Peluang Buat Terakhir Kalinya

Monday, July 13th, 2009 | 314 kali dibaca

Kepada insan yang saya memanggilnya dengan gelaran awak atau ‘untie’. Terima kasih kerana sudi memberi saya peluang untuk mengenali lebih dalam mengenai diri dan keluarga awak. Sememangnya saya sangat gembira sekarang ini. Yahoo!!

Tetapi saya sendiri kena sedar, mungkin juga kegembiraan ini mungkin tidak akan berpanjangan. Saya sangat paham dengan keadaan dan situasi yang melanda diri awak ketika ini. Cuma pada saya akan berusaha membuat dan menjadikan yang terbaik untuk diri awak khususnya. Insyallah. Amin (semua amin sekali)

Hanya satu sahaja peluang yang saya perlukan sekarang. Untuk saya meniti penghidupan yang mendatang. Berilah saya sedikit kesempatan untuk bernafas, agar dapat meneruskan hidup ini. Berikanlah saya sedikit ruang agar dapat saya buktikan dan tunjukkan siapa diri saya untuk awak menilainya. Tolonglah awak, tolonglah saya. Cuma itu sahaja permintaan saya sekarang. Terima kasih.

Membuatkan saya teringat pada suatu lagu, hope awak dapat mendengarnya….

“kedatangan aku hanya sekali, oleh itu hargailah aku dalam dirimu”

Entri ini sangat emo dan jiwang. Hahaha. Ada aku kesah!!!

Adakah Aku Memerlukan Simpati?

Wednesday, July 8th, 2009 | 236 kali dibaca

Semenjak dua menjak ini, bermacam-macam hal berlaku kat diri aku. Sampaikan aku hendak menangis pun ada. Hahahah. *ketawa sedapkan hati. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak mulakan cam mana cerita ni. Kusut kepala aku dibuatnya. Cam mana ek…. hah! Kita mulakan dengan Bismillah.

بسم الله الرحمن الرحيم
Bermacam-macam hal yang berlaku dalam hidup aku dalam sebulan-dua ni, sebelum aku pergi Terengganu lagi. Untuk artikel aku ke Terengganu, klik sini. Sebelum tu aku minta maaf dulu la, dalam cerita ini, banyak benda yang aku tak terangkan secara detail demi menjaga hati pihak-pihak tertentu. Masalah yang aku hadapi merangkumi dari segi semua aspek keluarga, kerjaya, sosial dan semua lah. Pendek kata semuanya masalah lah. DEM!!! baca lagi untuk mendengar lagu yang tiada kaitan dengan artikel…. (more…)

Aku Jiwang Ke?

Thursday, June 25th, 2009 | 396 kali dibaca

Setelah entri ak mengenai cara untuk melupakan si ‘dia’ dikeluarkan. Ulang tayang entri berkenaan disini. Ramai dikalangan rakan-rakan yang ber’ym’ dengan aku menanyakan siapakah ‘awak’ yang dimaksudkan dalam ceritu itu. Hahaha..lorat juga ek kekawan aku ni, tak sangka. Hahaha. Tapi aku tak salahkan mereka yang menanyakan soalan tu, ye la kan memandangkan aku dah pun wat entri ini, dan membuat tanda tanya kepada mereka yang membacanya.  Ada diantara mereka juga mengatakan yang aku ni jiwang karat la, spender bunga la, mat bunga la.. tapi “ada aku kesah ke” (pinjam kekata mak nyah ngetop…degebas, degebus gitu). Weii..WTF la, tak perlu la korang nak berlakon kental sangat. Kepada mereka yang menanya tu ok lah aku ada gak terpikir nak berterus terang siapakah identiti sebenar ‘awak’ tu ialah.. (more…)

Cara Untuk Melupakan Si ‘Dia’

Sunday, June 21st, 2009 | 792 kali dibaca

lupakansidia

Adat orang bercinta, samada berakhir dengan perkahwinan atau perpisahan. Tidak semua percintaan akan diakhiri dengan kebahagiaan. Walaupun sepahit mana rasanya, terpaksa ditelan. Semua orang mempunyai pengalaman ini. Semasa bercinta semua manis bersama, kentut pun berbau wangi (aku tak de wat perangai cam ni, buruk perangai weii). Hehehe.

Aku sendiri akui memang payah untuk melupakan segala-galanya, sekurang-kurangnya tips yang ada ini sebagai satu langkah untuk memperbetulkan diri untuk masa hadapan. Insyallah. (more…)

Gangguan Perasaan & Emosi Dari Tempat Penyu Bertelur.

Monday, June 15th, 2009 | 405 kali dibaca

Agak serabut kepala aku sejak kebelakangan ni, macam-macam benda yang aku hendak fikirkan. Bila kepala dah serabut emosi aku pun mudah terganggu, hal kecik pun boleh jadi besar. Maaflah pada orang yang berada dikeliling aku, bukan niat aku nak buat macam itu kat korang. Mungkin perasaan aku lagi teruk berbanding dengan perempuan yang datang bulan. Hahahaha (boleh ke macam tu). Dah bahagian ko zaki, terima je la.

Meh sini aku nak bercerita serba sedikit pengalaman aku masa SUKUM 09 yang berlangsung di Terengganu hari tul. Aku telah menetap di asrama Universiti Malaysia Terengganu yang terletak di Gong Badak. Tempat ini boleh dikatakan biasa sajalah. Hehehe. Jangan marah budak UMT, gurau malam je. Ahaks. ;p

Tapikan dekat Terengganu ni, aku dapat pergi tempat yang boleh dikatakan tempat caya atau menarik gak la. Pertama sekali aku dapat pergi ke Seberang Takir, pergi kena ‘air buah gelas besar’. Aku difahamkan kedai yang aku pergi ni adalah kedai pertama atau pelopor air buah gelas besar di Terengganu.

*kemaskini gambar. teruskan membaca yee!! (more…)

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :