Archive for the ‘Pedoman’ Kategori

Kenapa harus menderma kalau kesempitan?

Wednesday, January 20th, 2010 | 74 kali dibaca

KALAU anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

Kenapa Baca Al-Quran Sedangkan Tidak Tahu Makna?

Wednesday, December 16th, 2009 | 232 kali dibaca

quran

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky , US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?” (more…)

Kita Adalah Manusia Kerdil – Insan

Tuesday, October 13th, 2009 | 227 kali dibaca

Untuk tatapan semua, sesunguhnya kita ini adalah insan yang hina lagi kerdil disisiNya.

Wahai anakku,

Allah telah menjemput mu,

Kami redha akan pemergian mu,

Kau mintalah syafaat untuk kami,

Agar kami bertemu kembali dengan mu,

Ya Rahman Ya Rahim,

Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Kau Rahmatilah diri kami,

Jadikanlah diri kami orang yang mentaati Mu, (more…)

Ramadhan Kembali Lagi Memberi Peluang

Friday, August 21st, 2009 | 181 kali dibaca

Hari demi hari, bulan ke bulan. Akhirnya setahun sudah berlalu, pelbagai kejadian yang melanda dalam masa yang sesingkat ini. Entah sudah berapa banyak dosa yang telah aku lakukan berbanding pahala. Bila difikirkan balik, sungguh jauh aku menyimpang dari jalan yang sebenar, aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku cari sekarang ini. Dah kena kahwin kot aku ni…. ahaks. Mak tolong!!!

“kita ni hanyalah insan biasa, tak sekuat iman para Nabi….” (more…)

Andai Aku Tahu Ini Ramadhan Terakhir

Monday, August 17th, 2009 | 254 kali dibaca

ramadhan

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku akan sibuk berzikir, tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tentu solatmu aku kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan, sungguh khusyuk lagi tawadhuk. Tubuh dan qalbu akanbersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil dan menangisi kecurangan janji.
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam] (more…)

Selsema Babi & Akhir Zaman

Friday, May 1st, 2009 | 1,688 kali dibaca

Seperti yang diketahui umum, wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. Negara kita Malaysia pun mengambil langkah berjaga-jaga dari membendung wabak ini daripada memasuki Malaysia. Belum sudah dengan penyakit Selsema Burung, datang lak wabak baru Selsema Babi (besar punya haramnye binatang). Seramai 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

pig_kiss.jpg

Terbaru lagi Panas!!! : 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di (more…)

Afgan – Pada Mu Ku Bersujud

Thursday, March 12th, 2009 | 305 kali dibaca

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
(more…)

Ciri-ciri Sahabat Sejati

Wednesday, January 21st, 2009 | 402 kali dibaca

“Sahabat Sejati” adalah sebuah yang selalu didambakan oleh setiap manusia. Hal tersebut merupakan refleksi atas fitrah manusia yang selain sebagai makhluk individu juga merupakan makhluk sosial, yang saling membutuhkan satu sama lain. Jika kita mencari seseorang yang mau hidup menyendiri selamanya, maka kita akan menemukan satu dari seribu orang yang menolaknya, atau bahkan nihil. Karena walau bagaimanapun, sebagai makhluk sosial tentu saja seseorang akan selalu membutuhkan bantuan dan dibutuhkan bantuannya oleh orang lain, minimal untuk berdialog, diskusi, berbagi ide, atau sekadar berbagi rasa (sharing).

Islam juga telah menjelaskan arti pentingnya sebuah persaudaraan. Dalam sebuah sabdanya Rasulullah saw mengatakan, “Seorang mukmin dengan mukmin yang lainnya ibarat sebuah bangunan, dimana bagian yang satu akan menguatkan bagian yang lainnya.” (more…)

5 Wasiat Dari ALLAH S.W.T. Kepada RASULULLAH S.A.W

Friday, January 16th, 2009 | 87 kali dibaca

Dari Nabi S.A.W., “Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.




  • (more…)

Adab Makan Cara Islam

Wednesday, January 14th, 2009 | 560 kali dibaca

ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM

  • Makan hanya bila terasa lapar.
  • Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
  • Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”
  • Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
  • Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  • Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
  • Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
  • Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :