Archive for the ‘Gajet’ Kategori

Kamera Panasonic Lumix DMC-FZ28

Saturday, February 7th, 2009 | 215 kali dibaca

DMC-FZ28 daripada Panasonic ini menampilkan lensa Leica DC VARIO-ELMARIT 27mm sudut lebar dengan keupayaan 18x zum optikal. Digabungkan bersama resolusi 10.1 Megapiksel, penstabil imej MEGA OIS, sensitiviti tinggi sehingga ISO 6400 dan mod Intelligent Auto, ia mampu memberi rakaman foto dan video HD kualiti tinggi. FZ28 dikuasakan enjin pemproses imej Venus Engine IV dan mampu merakam gambar pada kelajuan 13 bingkai sesaat.

Panasonic Lumix DMC-FZ28

Panasonic Lumix DMC-FZ28

Satu lagi kelebihan kamera ini ialah pengoperasian manual mudah difahami dan versatil, membolehkan sesiapa jua mengendalikannya. Skrin pintar 2.7 inci dengan resolusi 230K-dot memberi paparan jelas dalam apa jua cuaca. Ciri lain yang boleh didapati ialah flash terang untuk cahaya jarak jauh; pelbagai pilihan mod latar termasuk yang terbaru Pin Hole dan Film Grain yang memberi efek seakan filem; paparan suhu warna untuk memudahkan keseimbangan warna putih dan banyak lagi. Untuk spesifikasi dan harga, teruskan. (more…)

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :