Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. X caye kew??? Hehehe… betul.
Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: (more…)
1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cinta? Setia? Kasin Sayang?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta dan mengapa berjumpa kalau hanya untuk berpisah?… itu yang selalu menjadi persoalan. (more…)
kepada mereka yang nak atau sudi berkongsi kesedihan dengan aku sahaja boleh membaca artikel ini. sedih lak perasaan aku pepagi ni. layan je la lagu ni ek…isk..isk..isk. (nangis already).
1. Bila si dia sibuk… … .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego… … . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik… … .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran… … .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. (more…)
Setelah entri ak mengenai cara untuk melupakan si ‘dia’ dikeluarkan. Ulang tayang entri berkenaan disini. Ramai dikalangan rakan-rakan yang ber’ym’ dengan aku menanyakan siapakah ‘awak’ yang dimaksudkan dalam ceritu itu. Hahaha..lorat juga ek kekawan aku ni, tak sangka. Hahaha. Tapi aku tak salahkan mereka yang menanyakan soalan tu, ye la kan memandangkan aku dah pun wat entri ini, dan membuat tanda tanya kepada mereka yang membacanya. Ada diantara mereka juga mengatakan yang aku ni jiwang karat la, spender bunga la, mat bunga la.. tapi “ada aku kesah ke” (pinjam kekata mak nyah ngetop…degebas, degebus gitu). Weii..WTF la, tak perlu la korang nak berlakon kental sangat. Kepada mereka yang menanya tu ok lah aku ada gak terpikir nak berterus terang siapakah identiti sebenar ‘awak’ tu ialah.. (more…)
Adat orang bercinta, samada berakhir dengan perkahwinan atau perpisahan. Tidak semua percintaan akan diakhiri dengan kebahagiaan. Walaupun sepahit mana rasanya, terpaksa ditelan. Semua orang mempunyai pengalaman ini. Semasa bercinta semua manis bersama, kentut pun berbau wangi (aku tak de wat perangai cam ni, buruk perangai weii). Hehehe.
Aku sendiri akui memang payah untuk melupakan segala-galanya, sekurang-kurangnya tips yang ada ini sebagai satu langkah untuk memperbetulkan diri untuk masa hadapan. Insyallah. (more…)
Hari Ibu adalah hari peringatan / perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluargan, baik untuk suami, anak-anaknya, mahu pun antara lingkungan sosialnya. Hari Ibu juga disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Khususnya di Malaysia Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu ke-2 pada bulan Mei pada setiap tahun.
Peringatan dan perayaan biasanya dilakukan dengan tidak membenarkan ibu dari membuat tugas domestik yang biasa dilakukan seharian dianggap merupakan kewajibannya, seperti memasak, menjaga anak, dan urusan rumah tangga lainnya. Sila renungkan petikan artikel ini… (more…)
Phew! sudah lama rasanya aku sudah tidak mengemaskini blog. Untuk pengetahun semua, hari ini aku MC..hehehe. (syoknya cuti) Semalam aku main hoki dekat tempat kerja aku, dan sudah nasib aku semalamkan, aku kena “ankle sprain” (hope boboiz.com boleh buat sedikit ulasan mengenai ini) dekat sebelah kaki kiri aku. Malam tadi gak aku g la klinik utk check (padahal aku g clinic just nak dpat kan MC je,heheh). Lepas ini kalau aku sakit sikit pun, aku akan terus pergi klinik berhampiran rumah aku. Sebab apa? huhu. Klinik yang aku pergi semalam ini kan, sekali dia punya doktor cun daaa. Mengatal aku jap. Hahahah. Terus baik kejap kaki aku. Ok Ok berbalik pada tajuk diatas, aku hendak lah mintak pendapat dari semua pembaca mengapa atau sebab banyak dah berlaku seperkara macam ini. Baca sedikit artikel bawah ini untuk keterangan;
Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,
“Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.â€
Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala isu yang kecil pun boleh menjadikan kita “kurang mesra†bersama dengan pasangan kita. (more…)