Archive for January, 2010

Tanda-tanda lelaki apabila jatuh cinta

Sunday, January 31st, 2010 317 kali dibaca

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. X caye kew??? Hehehe… betul.

Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: (more…)

dot dot dot

Saturday, January 30th, 2010 34 kali dibaca



dot dot dot, originally uploaded by buttersuck.

Flickr

Saturday, January 30th, 2010 44 kali dibaca

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Kenapa harus menderma kalau kesempitan?

Wednesday, January 20th, 2010 71 kali dibaca

KALAU anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

Rasa Percaya Diri

Monday, January 4th, 2010 134 kali dibaca

Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

Percaya Pada Diri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus “menanamkan input” saya tidak mampu – dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam. (more…)

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :