Tuesday, November 24th, 2009 345 kali dibaca
Penggunaan typography merupakan salah satu aspek yang amat penting untuk sesuatu rekabentuk. Jika ianya digunakan dengan betul, sesuatu rekabentuk itu mampu untuk menarik perhatian dan juga menghasilkan emosi kepada orang lain.
Kali ini saya nak kongsi senarai online tools yang dapat membantu kita dalam pemilihan typography yang bersesuaian. (more…)
Dilaporkan dalam Info, Sumber Terbuka, Tutorial | 4 Komen »
Sunday, November 15th, 2009 475 kali dibaca
1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Dilaporkan dalam Cinta | 21 Komen »
Monday, November 9th, 2009 156 kali dibaca

Ikon percuma dari Nouveller yang khas untuk social bookmark. Dan bukan itu sahaja, anda boleh request ikon yang anda inginkan. Caranya, sila rujuk halaman web Nouveller ini. Anda boleh download dari sini.
Dilaporkan dalam Info, Teknologi Maklumat | 2 Komen »
Sunday, November 1st, 2009 302 kali dibaca
Blog ini telah menambah satu lagi ‘plugin’ iaitu ‘Top Commentators’. Ianya berfungi untuk memaparkan siapa yang aktif berkomen didalam satu blog itu. Sebagai contoh boleh dilihat ’sidebar’ blog ini. Kepada mereka yang berminat bolehlah muat turun ‘plugin’ ini di sini.
Bukan apa untuk memberi kredit kepada mereka yang gemar memberi komen diblog ini. Disamping terpapar nama mereka dan pautan ke blog. Sambil berkomen boleh juga dijadikan sebagai promosi ke blog masing-masing. Untuk makluman kepada semua, setiap bilangan komen anda akan dipadam pada setiap bulan.
Sekian sahaja entri ringkas saya.
Dilaporkan dalam Info | 20 Komen »