Archive for October, 2009

Apa Itu Sistem Pengurusan Kandungan (CMS)

Monday, October 26th, 2009 311 kali dibaca

cms

Sistem Pengurusan Kandungan (content management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputerpengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses

Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan: (more…)

Check Emel, Y!M, Facebook, Twitter dengan Digsby

Wednesday, October 21st, 2009 329 kali dibaca

digsby

Digsby, satu free software baru aku jumpa semalam melalui salah sorang contact aku dalam Facebook . Aku memang jenis yang suka explore software ni pun try la tengok apa lebihnya. (more…)

Live! Setelah Sekian Lama, Kini Kembali

Sunday, October 18th, 2009 182 kali dibaca



Live! Setelah Sekian Lama, Kini Kembali, originally uploaded by buttersuck.

Kembali untuk ‘live blog’ setelah kian lama menyepi. Bukan apa, w910i aku rosak sebelum hari raya. Ini pun baru sahaja siap dan ambil dikedai tadi. Oklah aku hendak bertemu janji dengan Adriana Afiera.

Kita Adalah Manusia Kerdil – Insan

Tuesday, October 13th, 2009 226 kali dibaca

Untuk tatapan semua, sesunguhnya kita ini adalah insan yang hina lagi kerdil disisiNya.

Wahai anakku,

Allah telah menjemput mu,

Kami redha akan pemergian mu,

Kau mintalah syafaat untuk kami,

Agar kami bertemu kembali dengan mu,

Ya Rahman Ya Rahim,

Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Kau Rahmatilah diri kami,

Jadikanlah diri kami orang yang mentaati Mu, (more…)

Ertinya Setia?

Wednesday, October 7th, 2009 297 kali dibaca

sun

Cinta? Setia? Kasin Sayang?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta dan mengapa berjumpa kalau hanya untuk berpisah?… itu yang selalu menjadi persoalan. (more…)

Kehidupan Kembali

Sunday, October 4th, 2009 212 kali dibaca

Bersawang blog ini, maklumlah bulan raya katakan (alasan yang begitu kukuh). Banyak rumah terbuka sekarang walaupun hari ini adalah raya yang ke berapa entah (tidak kira aku), terpaksa aku tolak kerana banyak hal peribadi dan keluarga yang patut didahulukan. Contohnya hari ini anak buah kepada ayah aku berkahwin dan aku sebagai pemandu (R3) menjalankan tugas untuk membawa keluarga aku. Nasib baik dikenduri kahwin ini ada membuat “live band” dapat juga aku layan (sambil perhatikan mereka ketuk drum).

Semalam saudara aku buat rumah terbuka serentak dengan majlis hari raya yang dianjurkan komuniti penduduk dikawasan rumah aku ini.  Terpaksa aku korban majlis komunuti penduduk walaupun majlis itu buat betul dihadapan rumah aku ini. (rumah aku bebetul berdepan dengan balairaya ;p). Apa pun keluarga aku utamakan berbanding benda lain. Sepupu aku pun buat menu spesial di rumah terbukanya diantaranya tom yam gong, daging masak merah, sayur campur, sambal belacan dan sate yum…yummy. Aku pun suka berkumpul saudara ramai-ramai, sebab dapat nengok gelagak anak-anak buah aku yang macam-macam ragam. Ada yang hendak jadi modellah, jadi mat rempitlah, yang hendak kahwin pun ada. Hahaha macam-macam hal lagi. (more…)

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :