Archive for August, 2009

Live! Suasana diawal pagi Hari Merdeka.

Monday, August 31st, 2009 153 kali dibaca



Live! Suasana diawal pagi Hari Merdeka., originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Gambar apa pula kali ini zaki letak kan? Entah pape je! Ini ada salah satu permandangan dimana zaki lepak pada awal pagi merdeka tahun ini. Tiba-tiba bosan, tu yang kuar merayau cari pasal. Hehe. Ingat dapat lah nengok bulan,tapi cuaca mendung pula,dapat layan bunyi ombak je sekarang. Itu yang nampak samar-samar. Sama dengan perasaan zaki ketika ini. Memang tiada arah yang ingin dituju dan diarahkan. Inilah dinamakan kehidupankan,tidak sepanjang masa kita akan gembira. Ada masanya kita akan merasa kesedihan dan kekalahan dalam hidup. Cuma pada kita, tidak tahu sampai bila kedukaan ini akan berlarutan. Apa yang aku fikirkan sekarang adalah ‘merdekakah aku selama ini?’ Beginilah aku apabila fikiran tengah tidak tenteram. Nasib baik ada blog ini untuk aku bercoleteh dan meluahkan perasaan hati. Ye lah kan, hendak bercerita dengan siapa lagi. Tiba-tiba teringat lagu dari filem ’sepi’ dari Yuni Shara. Huhu. Entah sampai pukul berapa ini karang aku, nak bersahur lagi. Apa-apa pun masalah,puasa tetap wajib. Hehe. Ok lah,aku hendak sambung menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Tata.

Tahniah Zaki Sudah 26 Tahun Hari Ini. Alhamdulillah.

Saturday, August 29th, 2009 217 kali dibaca

birthday-26

Tup..tap…tup…tap… sekarang zaki sudah pun berusia 26 tahun. Uwahh aku sudah tua rupanya!!! Kejapan je masa berlalu sekarangkan. Rasa macam baru je bulan lepas aku raikan hari jadi aku semasa kursus induksi. Ingat lagi aku, memang setiap kursus induksi akan diadakan satu malam khas untuk membuat persembahan kumpulan. Kira malam meraikan kejayaan setelah penat dengan aktiviti dan kelas pembelajaran. Pada malam itu, kumpulan aku telah membuat persembahan muzikal drama (kena berjoget aku depan khayalak ramai *malu*) ala-ala 60-an fesyen aku malam itu.

Malam persembahan itu kena pada tarikh hari lahir aku [29 Ogos], penat aku merahsiakan daripada semua rakan-rakan kursus. Entah dari mana lah mereka dapat tahu, siot tul. Rupa-rupanya pihak urusetia ada senarai nama, dan mereka memang sudah merancang untuk melakukan majlis hari jadi kepada semua peserta kursus yang lahir pada bulan ogos. Pada awalnya rahsia aku masih terjaga rapi lagi, pihak urusetia hanya memanggil secara kepada mereka yang lahir pada bulan ogos je. Kami ambillah kesempatan untuk berdiam diri. Pheww selamat aku. Hahahaha (ketawa jahat dalam hati). Rupanya panas tidak lama, hujan lebat ditengahari. Pada mereka ada senarai nama untuk peserta yang lahir pada bulan ogos. Nah! sekali dia umum “Ahmad Zaki Abdullah” bersorak kau… padan muka aku. Tapi… (more…)

Live! Tolong aku bantu aku

Thursday, August 27th, 2009 347 kali dibaca



Live! Tolong aku bantu aku, originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Semenjak dah tahu ‘live blog’, aku sudah dikategorikan sebagai pesakit kronik. Hehe. Memang mudah menggunakan kaedah ini, hanya modalkan RM0.25 je. Selangkah kehadapan sebagai ‘bloggers 1 malaysia’. Cuaca kat luar tu macam ada cat hitam dah tertumpah je kan kat atas awan putih tu (mengikut kadar cuaca melaka sekarang lah). Huhuhu. Tak pergi bazaar ramadhan lg la nampaknya aku ptg ni… Kepada semua aku nak mintak tolong sedikit. Boleh? Kasilah aku pendapat untuk mencekik petang ni. Tolong ya kekawan. Ok lah time to sleep,tata.

Dugaan puasa.

Wednesday, August 26th, 2009 543 kali dibaca

Dugaan puasa. , originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Dugaan puasa. Boleh pula kawan aku sorang ni bawa ketupat kat ofis aku. Dia ni tadi dah pergi bazar awal,tu yg beli sekali. Insyallah aku kuatkn iman.

Live! Berbuka seorang diri.

Tuesday, August 25th, 2009 223 kali dibaca

Live! Berbuka seorang diri. originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Live! Berbuka seorang diri. Hari ini aku terpaksa buat kerja lebih masa sikit smpai pukul 6.30 pm. Aku mengambil langkah drastik untuk berbuka puasa diluar sahaja hari ini. Apa yang boleh aku rumuskan dengan juadah ini adalah ‘indah rupa dari rasa’. Oklah,aku nak berambus balik. Orang keliling pun dah pandang2, apa tak penah nengok org mkn sorang2 ke? DEM.

Sumber Tatacara Untuk ‘Live Blog’

Monday, August 24th, 2009 365 kali dibaca

Bak kata Khai…


Disini saya tidak akan menyediakan tutorial atau tatacara untuk membuat ‘live blogging’ sepertimana yang saya berjaya lakukan. Seperti di entri Live! Akhirnya zaki berjaya membuat live blog dan Live! Juadah berbuka Puasa hari ke-3. Secara kasarnya ‘live blog’ ini adalah memudahkan para bloggers untuk menhantar entri tidak kira dimana sahaja, sangat mudah dan hanya memerlukan modal hanya RM0.25 sen sahaja (charge untuk MMS, mengikut syarikat telco anda).

Saya tidak akan membuat tutorial atau tatacara lagi, kerana ianya telah sedia ada di blog otai-otai blog Malaysia. Keperluan yang perlu ada untuk memula ‘live blog’ adalah seperti berikut; (more…)

Live! Juadah berbuka Puasa hari ke-3.

Monday, August 24th, 2009 454 kali dibaca

Live! Juadah berbuka Puasa hari ke-3. In, originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Live! Juadah berbuka Puasa hari ke-3. Inilah juadah brbuka aku hari ni. Untk hari nie je,aku da pergi 2 kwasan bazar. Menu hari ini adalah;

1. Masak asam ikan parang.

2.  Ikan parang goreng.

3. lemang.

4. kuih-kuih.

6. murtabak.

7. apa entah nama (jiran sebelah kanan bagi)

8.

Iaitu bazaar kmpg tun razak,bkt katil dan bemban,jasin. Sbenarnya aku sndri dah syok dgn live blok ni, kt memana je boleh wat entri. Ok semua,selamat brbuka puasa, dan selamat menjamu selera. Jgnlah mngamalkan skap mmbzir dibln ramadhan, ikhlas dan sucikan hati dgn brsedekah.

Live! Akhirnya zaki berjaya membuat ‘live blog’…

Monday, August 24th, 2009 127 kali dibaca



Akhrnya zaki brjaya mbuat ‘live blog’…, originally uploaded by Ahmad Zaki Abdullah.

Akhrnya zaki brjaya mbuat ‘live blog’… Dgn brbekalkn Sony Ericsson W910i dan tutorial dr bro Khai, Knizam dan tngku aizat. Dpt jg aku membuat live blog… Aku da sahut cbaran live blog dri khai… korang bila lg?

Ramadhan Kembali Lagi Memberi Peluang

Friday, August 21st, 2009 181 kali dibaca

Hari demi hari, bulan ke bulan. Akhirnya setahun sudah berlalu, pelbagai kejadian yang melanda dalam masa yang sesingkat ini. Entah sudah berapa banyak dosa yang telah aku lakukan berbanding pahala. Bila difikirkan balik, sungguh jauh aku menyimpang dari jalan yang sebenar, aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku cari sekarang ini. Dah kena kahwin kot aku ni…. ahaks. Mak tolong!!!

“kita ni hanyalah insan biasa, tak sekuat iman para Nabi….” (more…)

Andai Aku Tahu Ini Ramadhan Terakhir

Monday, August 17th, 2009 254 kali dibaca

ramadhan

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku akan sibuk berzikir, tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tentu solatmu aku kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan, sungguh khusyuk lagi tawadhuk. Tubuh dan qalbu akanbersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil dan menangisi kecurangan janji.
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam] (more…)

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :