Kenapa dengan aku sejak dua menjak ini. Badan rasa tidak berapa sedap je. Bila aku lihat balik antara simptom H1N1 ni, salah satu tu memang aku tengah alaminya. Jauhkan aku daripada semua malatapetaka ini. Takut aku wei. Nak pergi klinik or hospital pun serba salah, ye la kan. May be kita ni demam biasa yang disebabkan faktor cuaca, nanti pergi hospital atau klinik. Mesti bercampur dengan pesakit-pesakit lain.
Tapi aku percaya dengan kuasa Allah.
Lepas kekawan aku baca entri ini, memang pasti kalau aku ajak lepak pas ni dorang tak mor. Nasib ko la zaki…
ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (more…)
1. Bila si dia sibuk… … .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego… … . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik… … .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran… … .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. (more…)
Microsoft memulakan penyeledikkan tentang Interface Manager (yang kemudiannya dinamakan MS WIndows) pada september 1981. Walaupun prototype kali pertama yang digunakan adalah menu “Multiplan” dan Word-like yang terletak dibahgian bawah paparan skrin, kemudian antaramuka ini telah di ubah pada tahun 1982 dengan menggunakan menu “pull-down” dan dialogs sebagaimana yang digunakan pada XeroX Star. (more…)
Entah bila lak video ni dah direleasekan kat peti tv kan? Aku sendiri tak pasti. Semalam secara rasmi aku melihat sendiri kat kaca tv rumah aku. Hehehe. Ketinggalan zaman tul la ko ni zaki..zaki… Lagu ini adalah kegemaran aku (ada kisah disebalik lagu sebenarnya) gak, tapi secara keseluruhan aku suka dengan cara video tu. Mmg kreatif la sapa yg create video tu..
Nantikan sambungan video tu nanti.. check it out. Untuk melihat video, teruskan disini… (more…)
Sejak dahulu lagi saya pernah terfikir, kenapa pakar-pakar keilmuan ramai daripadanya orang yahudi. Sememangnya Allah telah memberi kelebihan ilmu kepada kaum yahudi, sejak dari Bani Israel lagi walaupun kebanyakan mereka sombong dengan-Nya (kemudian munculnya agama Yahudi dari nama Yahuda).
Jika dikaji sejarah penemuan baru dalam dunia IT, memang kebanyakannya adalah dari penciptaan bangsa yahudi. Saya sebenarnya tidak dapat membezakan manakah satu nama yahudi sebenarnya, tetapi saya mendapat tahu perkara tersebut dari pensyarah/rakan sahaja. Sebagai contoh, pencipta formula encryption RSA ialah Shamir Adleman (nama yahudi). Pening juga hendak mempelajari kaedah encryption tu… (more…)
.my DOMAIN REGISTRY the sole administrator for web addresses that ends with .my in Malaysia will be having a 50% off promotion* on all .my domain name registrations and renewal in conjunction with National ICT Month (NIM) co-organised by PIKOM and MOSTI and also in conjunction with The Merdeka Day celebration. Promotion starts from 20 July – 4 September 2009. Contact your respective reseller for promotion eligibility. For promotional price… (more…)
Kepada insan yang saya memanggilnya dengan gelaran awak atau ‘untie’. Terima kasih kerana sudi memberi saya peluang untuk mengenali lebih dalam mengenai diri dan keluarga awak. Sememangnya saya sangat gembira sekarang ini. Yahoo!!
Tetapi saya sendiri kena sedar, mungkin juga kegembiraan ini mungkin tidak akan berpanjangan. Saya sangat paham dengan keadaan dan situasi yang melanda diri awak ketika ini. Cuma pada saya akan berusaha membuat dan menjadikan yang terbaik untuk diri awak khususnya. Insyallah. Amin (semua amin sekali)
Hanya satu sahaja peluang yang saya perlukan sekarang. Untuk saya meniti penghidupan yang mendatang. Berilah saya sedikit kesempatan untuk bernafas, agar dapat meneruskan hidup ini. Berikanlah saya sedikit ruang agar dapat saya buktikan dan tunjukkan siapa diri saya untuk awak menilainya. Tolonglah awak, tolonglah saya. Cuma itu sahaja permintaan saya sekarang. Terima kasih.
Membuatkan saya teringat pada suatu lagu, hope awak dapat mendengarnya….
“kedatangan aku hanya sekali, oleh itu hargailah aku dalam dirimu”
Entri ini sangat emo dan jiwang. Hahaha. Ada aku kesah!!!
Semenjak dua menjak ini, bermacam-macam hal berlaku kat diri aku. Sampaikan aku hendak menangis pun ada. Hahahah. *ketawa sedapkan hati. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak mulakan cam mana cerita ni. Kusut kepala aku dibuatnya. Cam mana ek…. hah! Kita mulakan dengan Bismillah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Bermacam-macam hal yang berlaku dalam hidup aku dalam sebulan-dua ni, sebelum aku pergi Terengganu lagi. Untuk artikel aku ke Terengganu, klik sini. Sebelum tu aku minta maaf dulu la, dalam cerita ini, banyak benda yang aku tak terangkan secara detail demi menjaga hati pihak-pihak tertentu. Masalah yang aku hadapi merangkumi dari segi semua aspek keluarga, kerjaya, sosial dan semua lah. Pendek kata semuanya masalah lah. DEM!!! baca lagi untuk mendengar lagu yang tiada kaitan dengan artikel…. (more…)
Kebiasaannya apabila kita melihat template prebiu yang dibuat oleh pembuat template untuk Blogspot, mereka menggunakan ayat Lorem ipsum sebagai topik percubaan. Sebenarnya Lorem ipsum telah diterima pakai sebagai teks contoh sejak tahun 1500 lagi. Anda boleh mendapatkan info lanjut tentang Lorem ipsum yang juga dikenali sebagai Dummy Text di sini.
Justeru, jika anda juga ingin menggunakan Lorem ipsum sebagai teks sementara di dalam blog anda, bolehlah membuatnya di Lorem Ipsum Generator.