Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Hendak tahu lebih lanjut… (more…)
Kebiasaan kalau sesuatu yang kita di mana-mana blog tidak dijumpai, paparan yang biasa kita jumpa adalah “404 error, match not found” dan sememacam lagi yang sewaktu dengannya kan. Tapi sekarang dengan ideaa yang kreatif, kebanyakan pengguna atau bloggers membuat satu muka laman 404 bersesuaian dengan tema blog mereka. Disini adalah sebahagian daripada mereka yang membuat laman 404 sendiri.
Setelah entri ak mengenai cara untuk melupakan si ‘dia’ dikeluarkan. Ulang tayang entri berkenaan disini. Ramai dikalangan rakan-rakan yang ber’ym’ dengan aku menanyakan siapakah ‘awak’ yang dimaksudkan dalam ceritu itu. Hahaha..lorat juga ek kekawan aku ni, tak sangka. Hahaha. Tapi aku tak salahkan mereka yang menanyakan soalan tu, ye la kan memandangkan aku dah pun wat entri ini, dan membuat tanda tanya kepada mereka yang membacanya. Ada diantara mereka juga mengatakan yang aku ni jiwang karat la, spender bunga la, mat bunga la.. tapi “ada aku kesah ke” (pinjam kekata mak nyah ngetop…degebas, degebus gitu). Weii..WTF la, tak perlu la korang nak berlakon kental sangat. Kepada mereka yang menanya tu ok lah aku ada gak terpikir nak berterus terang siapakah identiti sebenar ‘awak’ tu ialah.. (more…)
Adat orang bercinta, samada berakhir dengan perkahwinan atau perpisahan. Tidak semua percintaan akan diakhiri dengan kebahagiaan. Walaupun sepahit mana rasanya, terpaksa ditelan. Semua orang mempunyai pengalaman ini. Semasa bercinta semua manis bersama, kentut pun berbau wangi (aku tak de wat perangai cam ni, buruk perangai weii). Hehehe.
Aku sendiri akui memang payah untuk melupakan segala-galanya, sekurang-kurangnya tips yang ada ini sebagai satu langkah untuk memperbetulkan diri untuk masa hadapan. Insyallah. (more…)
HUJAN telah membuat 4 lagu baru, tetapi hanya 1 lagu akan dijadikan ’single’. Lagu yang mana akan dijadikan ’single’, akan ditentukan oleh anda semua, terutama kepada Raingers. Lagu-lagu terdiri daripada ;
Agak serabut kepala aku sejak kebelakangan ni, macam-macam benda yang aku hendak fikirkan. Bila kepala dah serabut emosi aku pun mudah terganggu, hal kecik pun boleh jadi besar. Maaflah pada orang yang berada dikeliling aku, bukan niat aku nak buat macam itu kat korang. Mungkin perasaan aku lagi teruk berbanding dengan perempuan yang datang bulan. Hahahaha (boleh ke macam tu). Dah bahagian ko zaki, terima je la.
Meh sini aku nak bercerita serba sedikit pengalaman aku masa SUKUM 09 yang berlangsung di Terengganu hari tul. Aku telah menetap di asrama Universiti Malaysia Terengganu yang terletak di Gong Badak. Tempat ini boleh dikatakan biasa sajalah. Hehehe. Jangan marah budak UMT, gurau malam je. Ahaks. ;p
Tapikan dekat Terengganu ni, aku dapat pergi tempat yang boleh dikatakan tempat caya atau menarik gak la. Pertama sekali aku dapat pergi ke Seberang Takir, pergi kena ‘air buah gelas besar’. Aku difahamkan kedai yang aku pergi ni adalah kedai pertama atau pelopor air buah gelas besar di Terengganu.
Microsoft telah membuat beberapa pembaharuan yang progresif untuk Windows 7 jika dibandingkan dengan Windows Vista yang tidak begitu mendapat sambutan di kalangan pengguna professional.
Thanks for your interest in the Windows 7 Beta. The volume has been phenomenal — we’re in the process of adding more servers to handle the demand. We’re sorry for the delay and we’ll re-post the Beta as soon as we can ensure a quality download experience.
Ini adalah berita ringkas dari aku. Sekarang aku berada di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bersempena Sukan Universiti Staf Malaysia. UMT menjadi tuan rumah untuk kali ini. Aku akan berada disini dari 3hb sehingga 13hb Jun 2009. Hari ini masuk hari ke-5 aku berada di Terengganu. Jadual waktu aku sungguh padat gila, dengan jadual perlawanan dan aktiviti luar kawalan aku. Hahaha.
Ok lah, ini aku pinjam laptop dari kawan aku. Dah waktu tidur sekarang. Tata.
Entah kenapa tiba-tiba perasaan sedih dan pilu melanda hati aku ini (ditambah dengan faktor cuaca yang mendung dan hujan gerimis). Teringat aku seketika tentang perkara-perkara yang lampau, terutama sekali kepada dia. Arrgghh kenapa aku masih teringat lagi. DEM. Bukan apa, sejarah itulah yang mematangkan diri aku dalam dunia kehidupan yang sebenar. Dari situlah aku mengenal erti kekeluargaan, kasih sayang, sahabat, dan semuanya *sedih*. Sampai saat ini, aku masih mencari siapakah diri aku yang sebenar. Cukup matangkah diri aku untuk meneruskan liku-liku perjalanan hidup, cukup kuatkah aku untuk menanggung segala keperitan hidup, cukup teguhkan iman diri ini untuk memperjuangkan hak-hak aku.
Bermula 9.00 malam ini, aku akan bercuti dari dunia internet untuk sementara waktu. Tidak tahu sampai bila. Usah lah ditanya kemana akan ku pergi membawa diri ini. Aku hanya perlukan masa untuk memperbetulkan segala kesulitan yang aku alami selama ini. Sungguh pedih dan sakit apabila aku tatapi setiap kisah yang telah berlaku pada diri aku ini. Aku sedar, bahawa aku ini hanya insan biasa, tetapi aku juga memerlukan perhatian dan dorongan dari orang yang aku sayangi.
Takdir telah menentukan segalanya, aku redha dan pasrah. Sekarang aku hanya berserah kepada Nya. Tidak terdaya untuk telan satu persatu. Aku tidak akan menangis lagi, cukuplah setakat waktu itu. Hati aku tidak dapat menahan lagi. Cukuplah. Mungkin benar dengan jalan yang aku ambil sekarang ini, dan mungkin juga tidak benar. Akan aku teruskan langkah demi menghadapi hari-hari yang mendatang. (more…)