Archive for April, 2009

Oit! Lagu & Bahasa Tubuh

Sunday, April 26th, 2009 222 kali dibaca

***bila aku ngk video ni, aku teringat mmber aku AM. Aku ngan am penah wat cam mana time lepak depan umah aku dulu. Dulu kitaorg selalu lepak sampai awal pagi, asyik merapu, merokok, dan memekak je. Tapi tu dulu ar, skang memasing dah sibuk ngan komitmen memasing.

kepada korang yang nak lagi ngk video yang seumpama ini, klik je kat sini. lagi…

Update terbaru mengenai artikel ni. video seumpama versi malaysia…hahaha. gile caya!!! (more…)

Bercinta Tidak Semestinya Bersama

Tuesday, April 21st, 2009 279 kali dibaca

Sebelum ini aku ada post pasal erti cinta kan. Sememangnya cinta dan kasih sayang ini susah untuk kita fahami dan hayati. Luas pengertian cinta. Belum lagi cerita cinta pada ALLAH, cinta pada sesama insan semua tu kan. Kali ini hendak bercerita sikit tentang bercinta tidak tentu lagi bersama.

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tidak kesampaian.

Tapi…

Percayalah pada diri, selalunya cinta yang kita berikan seadanya takkan pernah bertepuk sebelah tangan.

Kongsi Kulit a.k.a Templates Joomla

Thursday, April 16th, 2009 433 kali dibaca

Ok kali ni aku nak share la skit, link-link yang boleh korang donlod themes @ templates @ kulit untuk CMS jenis Joomla. Dapatkan template Joomla! dari link yang disediakan di bawah ini.

Di sini kami sertakan link yang berkaitan dengan Joomla! yang berguna untuk anda semua.  Mungkin ada web lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama tapi tiada didalam senarai. Banyak sangat la skang.. huhuh.

Template
http://dev.joomla.org/content/view/1136/79/ (Tutorial)
http://www.joomlart.com/blogsection/tutorials.html (Tutorial)

JoomlaHacks.com
http://www.joomlahacks.com/joomla/templates/0,0,0,0,9,0,8/

JoomlaOS.de (more…)

Oit! Akhirnya…

Saturday, April 11th, 2009 146 kali dibaca

Akhirnya pada tanggal 10 April 2009 bersemadi lah http://www.akuzaki.com. Sebenarnya aku ada gak rasa galad dan sedih, tapi biarlah. Aku dah tak larat nak tanggung memori akuzaki.com lagi (disamping kos tahunan yang tinggi) hehehe. review post yang lepas.

bye.jpg

Aku pun tgh tak de idea nak update ni.  Memandangkan this week mmg aku dalam keadaan huru-harareey. Dengan sukan, perpindahan, web lagi, urusan seri paduka baginda.. huhu. Badan aku pun rasa dah tak sedap je ni. Kalau demam pun bagus gak, leh aku dpat MC. Leh gak aku lepak rest kat umah. Pada aku sakit itu adalah nikmat, dan ngan sakit jugak kita dapat tau erti sihat yang sebenar.

Ok la, entry aku kali ni pun just nak kasi tau ‘kembalinya’ akuzaki.com je. hehehe. Tata.

Plugin Wajib Ada Dalam Wordpress Anda

Monday, April 6th, 2009 342 kali dibaca

yoyoyo…apa diatas. amcam sihat tak ni? kalau tak sihat tu, pepandai bawak diri tu g spital or klinik ek. biar doktor injit punggung hang tu.;p apa pun aku sentiasa doakan kejahteraan dan kesihatan kekawan aku dalam keadaan baik senantiasa.

plugins-wordpress.png

sejak kebelakangan ni aku mmg kering ngan idea nak update blog. dari pelbagai sudut aku cuba selongkar, tapi tak mai gak. huhuh. kiriman aku kali ni aku rasa dah ada bloggers da wat kot, entahla. tak kira la kalau da ada org wat ke idak. aku tetap nak publishkan jgk.. hahha aku degil. sebelum ni aku ada wat review mengenai aplikasi yang wajib bagi sesebuah komputer anda. x ingat? amik ni. kali ni aku nak tau la dari bloggers yang lain lak, apakah plugin yang wajid ada, harus ada ke, makruh ada ke.. pape je la asalkan berkaitan denganya.

tujuan aku wat ni pun bukan apa, sekurang-kurangnye aku sendiri le share n amik serba sedikit dari korang yang dah otai dalam dunia wordpress n blogging ni. dan budak-budak lain yang kat luar sana yang baru nak menjebakkan diri dalam dunia kita nie. huhuh.

ok ni antara plugin-plugin yang selalu aku gunakan untuk blog aku.. ; (more…)

Selamat Tinggal ‘www.akuzaki.com’

Friday, April 3rd, 2009 157 kali dibaca

phew da lama tak update blog aku rasa, hehe. masuk je April terus terbayangkan domain lama aku iaitu http://www.akuzaki.com byk sbb dan cerita disebalik domain ni. dan aku jugk byk memusibatkan memuhasabahkan diri serta blajar apakah erti kehidupan yang sebenar. uwahh cam pasrah je bunyik ayat aku ni. hahaha :shout:

penglibatan aku dengan dunia domain n hosting bermula pada tahun lepas [dalam bulan april jgk kot]. sebelum tu aku hanya ditugaskan wat web utk opis aku je. tapi terhad la nak explore pape mengenai host n domain, semua disekat oleh pihak yang bertanggungjawap [dah keje dorang nak secure].

akuzaki.com dah nak expired bulan april ni, dan aku takkan renew. sbb apa? sbb aku punye suka la.. hahah. biarlah kenangan aku bersemadi cam tu je. hidup mesti terus kan, tanpa menoleh kebelakang. kat domain tu jgk aku bertambah minat nak mempelajari ilmu-ilmu baru. rajin tak rajin je kan. huhu. lagi satu, aku dapat ramai kawan yang best2 yang x lokek berkongsi ilmu dorang…  de rezeki aku nak jumpa korang n blanje aku minum.

kepada sesiapa nak melawat utk kali terakhir domain aku ni.. sesilakan la ek http://www.akuzaki.com atau pun kat sini http://www.akuzaki.com/s.t.d/…. dan mmg kompem mmg tiada siapa nak beli domain akuzaki.com pas nie. hahahahah. ye la, domain cam tak best je bunyi. apa pun dari situlah aku bergerak…

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :