Tanda-tanda lelaki apabila jatuh cinta

Ditulis pada 31 January 2010 – 7.26 am | oleh zaki | 99 kali dibaca

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. X caye kew??? Hehehe… betul.

Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
Untuk meneruskan bacaan lagi »

dot dot dot

Ditulis pada 30 January 2010 – 11.11 am | oleh zaki | 13 kali dibaca



dot dot dot, originally uploaded by buttersuck.

Flickr

Ditulis pada 30 January 2010 – 10.53 am | oleh zaki | 22 kali dibaca

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Kenapa harus menderma kalau kesempitan?

Ditulis pada 20 January 2010 – 9.42 pm | oleh zaki | 45 kali dibaca

KALAU anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

Rasa Percaya Diri

Ditulis pada 4 January 2010 – 1.30 am | oleh zaki | 96 kali dibaca

Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

Percaya Pada Diri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus “menanamkan input” saya tidak mampu – dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.
Untuk meneruskan bacaan lagi »

Menggunakan SWF Graf dengan Joomla!

Ditulis pada 22 December 2009 – 12.48 pm | oleh zaki | 136 kali dibaca

Bagi mereka yang membangunkan extension di dalam Joomla!, saya ingin berkongsi satu kaedah membina swf graf di dalam Joomla! Graf yang saya maksudkan adalah SWF Graf. Menggunakan PHP + XML dan SWF sebagai engine, anda boleh melaksanakan Joomla! dengan extension ciptaan anda. Apa yang menarik dengan graf ini , ianya kaedah visual/paparan nya yang berbentuk interaktif dan dapat menarik perhatian untuk pengguna melihat nya.

Bagaimana Menggunakan Nya?

Pertama sekali, anda dikehendaki memuat turun library untuk graph tersebut. Anda boleh muat turun nya di http://www.maani.us/charts/index.php?menu=Download dan muat turun charts.zip – 165K

Anda boleh mendapatkan kaedah dan contoh menggunakan graph tersebut di http://www.maani.us/charts/index.php?menu=Tutorial .

Selamat Mencuba

Kenapa Baca Al-Quran Sedangkan Tidak Tahu Makna?

Ditulis pada 16 December 2009 – 1.43 pm | oleh zaki | 189 kali dibaca

quran

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky , US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Untuk meneruskan bacaan lagi »

‘Typography Tools’ untuk pereka

Ditulis pada 24 November 2009 – 2.52 pm | oleh zaki | 267 kali dibaca

typography samplePenggunaan typography merupakan salah satu aspek yang amat penting untuk sesuatu rekabentuk. Jika ianya digunakan dengan betul, sesuatu rekabentuk itu mampu untuk menarik perhatian dan juga menghasilkan emosi kepada orang lain.

Kali ini saya nak kongsi senarai online tools yang dapat membantu kita dalam pemilihan typography yang bersesuaian.
Untuk meneruskan bacaan lagi »

Perbezaan Suka Dan Cinta

Ditulis pada 15 November 2009 – 2.32 pm | oleh zaki | 353 kali dibaca

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Percuma Ikon Media Sosial

Ditulis pada 9 November 2009 – 8.53 pm | oleh zaki | 144 kali dibaca

social-bookmark-icon

Ikon percuma dari Nouveller yang khas untuk social bookmark. Dan bukan itu sahaja, anda boleh request ikon yang anda inginkan. Caranya, sila rujuk halaman web Nouveller ini. Anda boleh download dari sini.

Mengenai diriku

Hanya memerlukan sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati yang selama ini terpendam. Dan juga berkongsi ilmu dunia yang hanya sementara Lagi

Untuk melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca setia atau, langgan melalui emel:
Masukkan emel anda:  

Jom Ber'Twitter'

Follow zaki on twitter
Carian entri :